January 31, 2011

Kedudukan semasa WW -2-


Expendable dah hampir 80. King Gergasi dah amik WW manual dan Patek Phillipe amik WW MIVEC. Upin Ipin dah kene ketok...tak tau la kerja sape.KNN n Kiko lak berlumbe-lumbe tuk naik balik.

klu kite perhatikan...WW GKP takde org sentuh lagi...sape la agak nyer yg akan sentuh WW GKP. haha.

dan perubahan besar yg kita lihat skrg...INF dah bergabung ngan AoW. Jika saya perhatikan...ke dua² kuasa besar blok INF dan blok AoW semakin mengukuhkan kedudukan mereka. Dari sudut pandangan saya sebagai pemerhati dari luar sudut INF dan AoW, gabungan ini adalah sebagai menunjukkan mereka adalah kuasa terbesar sekarang di myx5. Hasil gabungan ini juga mereka pasti nya mengharapkan sokongan yg lebih banyak dari pada pihak² neutral. Dan gabungan ini juga bagi menjamin WW INF dan WW AoW tidak akan berlaga sesama sendiri.

namun begitu, oleh kerana saya berada di Meta INF, saya juga mempunyai pandangan lain terhadap penggabungan ini. Saya juga melihat penggabungan ini sebagai rasa tidak selamat (secure) daripada WW INF, atau lebih specifik nyer WW GKP, disebabkan kurang nya sokongan daripada INF sendiri. Ternyata ramai yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran INF HQ dengan pelbagai sebab yang sangat panjang jika dibincangkan di sini. Disamping HC INF juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan HC AoW, ini telah menjadikan penggabungan ini berjalan dengan begitu lancar. Walau apa pun...kita akan perhatikan apakah hasil penggabungan ini....

INF dan AoW yang pastinya masih mempunyai hammer besar yang banyak akan terus menjatuhkan WARTEG™ dan musuh² mereka yang lain. dan bagaimanakah musuh² mereka ini akan bertindak. WARTEG dan mereka yang tidak sebulu dengan AoW dan INF perlulah tampil dengan stratery yg berkesan jika mereka mahu menang perlumbaan WW myx5 ini.

regard
sinna

No comments: